Pages

Wednesday, April 25, 2012

Kenapa ESQ Diharamkan?

ESQ ini lebih kurang dah 4 tahun difatwakan haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu sejak 2008 lagi.. Dan untuk pengetahuan umum, mufti ni bukan keluarkan fatwa tanpa siasat dan bukan hari ni dapat maklumat, esok boleh keluar fatwa.. kenalah ber"muzakarah" dulu.. Untuk kenyataan mufti w.p mengenai pengharaman ini, boleh geletek sini dan antara kata-kata yang menarik hamba ialah :

"9. Tentang kritikan bahawa saya tidak wajar membuat keputusan kerana belum menghadiri Kursus ESQ seperti Mufti-Mufti lain. Perkara ini sebenarnya berkaitan dengan metodologi penyelidikan dan penyiasatan, khususnya terhadap pembawa ajaran sesat. Untuk tidak menyeret isu ini kepada perbahasan ilmiah, saya suka mengembalikan ingatan pembaca sekalian kepada keputusan mengharamkan beberapa kumpulan sesat seperti Al-Arqam dan ajaran Ayah Pin. Adakah para Mufti diperlukan menjadi pengikut Abu Ya atau Ayah Pin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan? Apakah oleh kerana ESQ mengadakan kursus-kursusnya di hotel-hotel bertaraf lima bintang, maka diperlukan para Mufti menghadirinya terlebih dahulu. Tetapi memandangkan Ajaran Al-Arqam dan Ayah Pin diadakan di pendalaman, maka syarat ini tidak diperlukan. Saya berpendapat amalan “double standard” seperti ini tidak sesuai bagi para Mufti yang diamanahkan untuk menjaga syariat Allah yang Maha Suci. Oleh itu tidak ada keperluan bagi saya untuk menjadi pengikut “Ayah Ary” terlebih dahulu sebelum membuat keputusan."

Kronologi dalam pengharaman ESQ

i) 1-3 Ogos 2008: Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menghantar beberapa orang pegawai untuk menghadiri kursus ESQ di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor. Ini adalah bagi menjalankan kajian dan siasatan terhadap kursus ini selepas menerima aduan daripada orang ramai yang bertanyakan tentang status kursus tersebut atas alasan wujud kesangsian dan keraguan dalam metodologi atau pendekatan yang dilakukan.

ii) 28 Ogos 2008: Perbincangan tentang isu berkenaan ESQ telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) Kali Ke-38. Mesyuarat ini telah memutuskan perkara-perkara berikut:
  • Terdapat keraguan-keraguan yang dikhuatiri boleh menyelewengkan akidah di dalam kursus tersebut; dan
sambung sini.. Kronologi Pengharaman ESQ

KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

Keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan serta Warta Kerajaan berkaitan Kedudukan ESQ Leadership Training di Malaysia adalah seperti berikut:

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, membuat fatwa yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993

FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti of the Federal Territories, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN KURSUS ESQ LEADERSHIP TRAINING DAN FAHAMAN YANG SEUMPAMA DENGANNYA.

a. ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut :

  1. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah s.w.t. semata-mata (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).
  3. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, “SQ” adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala “God Spot” adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua dua penemuan ini disahkan dengan ayat Quran (Al-Hajj, ayat 46).
  4. menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely inviolable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekananda: “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.
  5. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
  6. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s.
  7. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
  8. menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s. diselamatkan daripada Fir’aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda:“When Jesus healed, they called it a miracle”. What is a miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you don’t understand it, you call it a miracle. We know what it’s about. It’s natural to us”.
  10. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah,“triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan:“The Trinity: How 1+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity – one God expressed in three beings. The term trinity means:“three-oneness”.
b. mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a).

Bertarikh 10 Jun 2010
Dated 10 Jun 2010
[PMWP/100/20 Klt. 2.;PN(PU2)530/VI]

Datuk Hj. Wan Zahidi Bin Wan Teh
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories

macamacamla : Untuk yang Full Version punya, boleh geletek sini.. dan untuk yang original punya boleh  tengok gambar kat bawah.. untuk link boleh geletek sini..Terlalu ramai yang suka cara macam ini.. Islam itu mudah, tapi bukan PERMUDAHKAN Islam.. yang orang Islam sekarang plak, suka orang-orang yang bawa agama macam ni tanpa usul selidik.. "dorang" mana suka yang berjubah and berserban, "dorang" lebih suka yang ber"kot-kot" bagai.. konon lebih upgrade.. ni nak bagi tahu,

"Islam dah lama upgrade, ko tu je yang tak upgrade-upgrade sampai sekarang"

tidak semua benda macam ni salah, and tidak semua juga yang betul.. sebab itu adanya mufti.. nak harapkan kita?? pagi petang cari duit sampai lupa kat tuhan ye dok?? Lama-lama fatwa ni jadi macam fatwa poco-poco, hanya untuk perak sahaja.. tak caya? geletek sini.. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan ESQ, boleh geletek sini..

>>>klik untuk besarkan<<<
>>>klik untuk besarkan<<<
>>>klik untuk besarkan<<<
>>>klik untuk besarkan<<<
Ingat!!!!
Jarum syaitan laknatullah itu sangat halus.. Dunia makin lama makin maju.. Antara dosa-dosa besar selepas MURTAD ialah SYIRIK.. si syaitan ni bukannya b*d*h sangat, tok gurunya Iblis Laknatullah iaitu guru kepada segala malaikat sebelum wujudnya Nabi Adam as..  Tidak semua tetapi kebanyakkan umat Islam sekarang menSYIRIKKAN Allah.. apa dalilnya?? melalui percakapan..

"aku belajar sebab nak dapat diploma, degree..."
"aku kerja sebab nak gaji"

dan yang ini paling popular sekali..

"takde duit nak makan apa?"
"ko nak kahwin dengan anak aku dengan keje macam ni? nak bagi anak aku makan ape? pasir?

kita semua SYIRIKKAN Allah dengan DUIT!!!

WaAllahualam..
Sambungan Disini>>>>

Friday, April 13, 2012

Hukum Menggunakan Inai


Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara‘?

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.

Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik. Tidak hairanlah jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam bentuk tatu.

Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya:

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”(Hadis riwayat Muslim)

macamacamla : syaratnya mestilah beruban dahulu baru boleh inai. Antara Ulama' yang memakai inai Baba Abdul Aziz Al-Fathoni, Habib Umar (keturunan Rasulullah saw) dan lain-lain.

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

macamacamla : (i) dan (ii) mereka yang bersuami, bila dah keluar tu jangan ditunjuk dekat orang ramai. So, pakailah sarung tangan. yang takde suami hukumnya makruh selagi mana tiada ajnabi melihat, kalau ada ajnabi lihat, pakailah sarung tangan macam orang yang dah bersuami.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:

Ertinya:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

sumber : Mufti brunei

macamacamla : bagi yang dah terbuat dulu, bertaubat sahajalah dan jangan ulangi balik.. yang belum kahwin tu, jangan pandai-pandai buat plak sebelum or ketika nak kahwin.. nanti adalah mulut cakap,

"alaaa, sekali seumur hidup, apa salahnya"
 
nak lagi best, orang HAFIZ (hafal 30 juz) pun pakai inai time nak kahwin.
nak lagi best, orang yang menuntut ilmu pun pakai inai time nak kahwin.
nak lagi best, anak ustaz pun pakai inai time nak kahwin
nak lagi best, orang tarekat pun pakai inai time nak kahwin.
dan yang lagi  best, kita MELAYU ni suka tiru orang tak tentu hala..

"tiru siapa?"
tiru agama HINDU!!!
Komen Ustaz Azhar Idrus,
WaAllahualam..
Sambungan Disini>>>>

Thursday, April 12, 2012

Jahil Dalam Disiplin Ilmu

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

************************************************************************************
Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'

Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.

Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.

Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi, maksudnya :

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".

Daripada Abu Hurairah dia berkata:

“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan Rasul-Nya serta melakukan kezaliman terhadap ulama' dan umat Islam.

Sumber Rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam. 

macamacamla : Imam Syafi'e (semoga Allah merahmati beliau) umur 9 tahun hafal Quran, kita 9 tahun hafal lagu. Kena pulak budak-budak sekarang, anak, mak, bapak sama naik je. Mak bapak ni siap menangis-nangis kalau anak dia kalah dalam menyanyi. Imam Syafi'e (semoga Allah merahmati beliau) umur 10 tahun jadi mufti, kita umur 10 tahun jadi samseng sekolah tahap cipan.

Untuk yang belajar kat luar negara pulak, jangan dok bawa korang punya fahaman datang nusantara. Faham-faham jelah sapa yang dok bawa fahaman tu. Orang nusantara ni berpegang pada mazhab @ pendapat Imam Syafi'e, jangan nak ajak-ajak orang tak payah pegang pada mazhab (WAHABI).

Kat dalam TV tu pun jangan dok percaya sangat, pergi berdepan dengan guru, jangan berdepan dengan TV. Main suka-suka je solat nak pakai mazhab campur-campur. Ada plak tu, mereka yang mengaku "ustaz" dah berani pertikai Imam-imam mujtahid terutamanya Imam Syafi'e (semoga Allah merahmati beliau). Baru belajar 4,5 tahun kat luar negara nak berlagak pandai nak hina zikir yang diamalkan ahli thorikat, tasauf. Ada satu kata-kata (kalau tidak silap, tetapi kalau silap maafkan hamba) dari Ulama' yang berpangkat wali yang termasyhur di Malaysia dan nusantara, yang berguru dengan Syeikh Ahmad Al-Fathoni, dia kata, belajar selama 40 tahun pun, kita masih lagi ibarat BAYI!!!

Sekian,
Terima Kasih.

p/s : kalau nak cara solat betul mengikut Imam Syafi'e, tengok TV Al-Hijrah hari Isnin dan Selasa pukul 21:30-22:00.. Ustaz Don ajar menggunakan rujukan dari Kitab Munyatul Musolli karangan Syeikh Daud Al-Fathoni..
Sambungan Disini>>>>

Tuesday, March 27, 2012

Gambar : Yahudi Minum Arak Dan Hisap Rokok

Siapa kata yahudi tak minum arak dan tak hisap rokok?? kemungkinan ada benarnya, sama macam kita yang MELAYU ni, ada yang minum arak dan ada yang tak minum arak.. Ini time hamba bukan nak cerita tentang MELAYU, tapi hendak bercerita tentang bangsa yahudi yang minum arak dan hisap rokok.. Nama pun yahudi kan, kita yang MELAYU ISLAM ni pun sibuk ikut macam yahudi gak..

Kat kedai minum pung pang pung pang YAHUDI LAKNAT, FREEMASON, MATA SATU, DAJJAL, BOIKOT McD.. piiirraaaahh.. hang dengan yahudi pun 2 kali 5 juga.. dah lah tak SOLAT!!!tonggang arak, hisap rokok, pergi clubbing.. Alasan??

Tension!!!

Tension kepala ko tu baru ada akai..

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

cer baca komen kat SINI, agak-agak dorang agama apa?? yang MELAYU ikut yahudi.. mulut dok ucap Alhamdulillah, tapi perangai yahudi.. ambil akhirat separuh dunia separuh, sapa ajar??!! ko ingat agama ni macam gula boleh bagi seimbang??!!

p/s : hamba tak tuju kat sapa-sapa, sapa makan penampar, terasalah sakitnya.. minta maaf, kali ni keras sikit, sebab yang pergi belajar agama pun sama je dengan yang tak belajar agama..

Purim: Pesta Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).

Mordecai dan Permaisuri Esther
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.

























































sumber : SINI

WaAllahualam..
Sambungan Disini>>>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...